Saturday, December 13, 2008

Pekerjaan aku..................Story Part 2

Inilah adalah tempat pekerjaan aku dan juga tempat aku mendapatkan rezeki dengan keringat aku sendiri.Meskipun serba kekurangan sebegini,aku tetap bersyukur kepadaNya kerna mampu juga aku mendapatkan rezeki yang halal disisiNya.... Oh ya,aku memulakan perniagaan aku seawal jam 6 petang dan berakhir pada jam 10.30 malam..Aku menjual burger dengan gengre yang berbeza daripada orang lain..
Syukur alhamdulillah,perniagaan aku boleh dikatakan mendapat sambutan yang baik oleh semua lapisan golongan masyarakat tanpa mengira bangsa,pangkat dan kedudukan serta aku happy dengan cara aku sendiri.Aku adalah aku dan aku percaya pada kemampuan diri aku sendiri Sekurang-kurangnya,aku mengikut sunnah nabi junjungan kita iaitu 9/10 rezeki adalah melalui perniagaan....
Tidak dilupa,aku juga menerima tempahan burger untuk majlis2 kecil seperti sambutan harijadi,tahlil dan majlis doa selamat(majlis2 khurafat,teman tak amik yob!!!)..


Lagi satu yang membuat aku happy menjual burger ialah
ianya membuat seperti aku sedang berkarya..Apabila burger telah siap dimasak dan disajikan,ianya memberikan aku satu kepuasan seumpama aku sedang menyiapkan sebuah lukisan.....
Aku cuba mencipta burger-burger yang baru untuk pelanggan-pelanggan aku kerna jiwa aku lebih ke arah itu..
Kadangkala orang katakan aku gila(memang aku gila,aku gila kepada kebersihan)kerna memang orang yang gila boleh memecah rekod kemampuan diri,jika tiada orang-orang yang gila,komputer ini pun takkan wujud di bumi ini..
Siapakah yang mencipta kapal terbang,kereta,motorsikal
,komputer,telefon dll?.....
Bukankah orang-orang yang dikatakan gila ini yang mencipta semua itu?..
Contoh Orang yang berjaya dalam sukan bola sepak,dia adalah gila kepada sukan bolasepak dan kerana kegilaannya terhadap sukan itu,akhirnya memberikan kejayaan kepadanya..
Sekurang-kurangnya,kikislah sikap yang berada didalam diri kita yang suka memandang rendah kepada kemampuan dan daya berfikir seseorang individu itu,jangan cepat memberikan tohmahan dan andaian tanpa menyelidiki sesuatu perkara tersebut..Kita seharusnya bersikap positif senantiasa dan berfikiran jauh bagi menempuh jurang liku sebuah kehidupan...





Salah satu produk burger keutamaan aku!!!-Ramly Burger















Salah seorang staff aku...

-Encik Shahrul

9 comments:

  1. Saya gila bege :)

    Mana anda pilih? Bege doublecheese bege di drive thru yanhg hanya mengambil masa tak smpai 5 minit untuk dapatkan or 'side walk bege' di tepi jalan seperti di atas?

    jawapan saya-pilihan ke2.

    ReplyDelete
  2. hahaha....anda memang hantu bege!! :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Bang, boleh beritau lokasi perniagaan, kalau boleh beritau landmark sekali ya? T/kasih.

    ReplyDelete
  5. kalo tak silap aku blakang bas station lama teluk intan...kedai ujung skali...kalo mengadap station bas belah kiri....kalo tak silap la...aku dulu slalu gak beli bege kat situ tapi tak tau lak dia boleh tulih blog...maju tul teluk intan nih

    ReplyDelete
  6. lokasi kedai burger saya adalah di sebuah desa yang diberi nama kampung bahagia...harap maklum

    ReplyDelete
  7. Tahniah bro...walau aku jauh merantau tapi bila terbaca blog bro.terasa macam duduk sg.manik atau kg.bahagia lagi je....

    "aku karindangan handak bulik ka teluk intan bertemuk kekulaan"

    ReplyDelete