Saturday, December 13, 2008

Aku Hidup Dalam Blues....Story Part 1

Nama aku ialah Fahme.Aku lebih dikenali sebagai Fahme Burger di tempat aku..Aku menetap di sebuah kampung yang diberi nama Kampung Bahagia..
Aku dilahirkan di sebuah hospital yang dikenali sebagai Hospital Daerah Teluk Anson..(dahulu Teluk Anson,la ni Teluk Intan daa...)...

Aku kini berusia 28 tahun dan aku juga adalah orang banjar(kulaan niring,rabah behiring,takurihing sambil terguring....)hehe..




Teluk Intan adalah merup
akan bandar di tempat aku dan ianya merupakan syurga bagi aku kerana(barang-barang makan kat tempat ni sedap-sedap belaka!!)..hahaha..(tak percaya,cubalah tanya pada orang-orang Teluk intan)..
Menara Jam yang condong ini adalah satu-satunya kebanggaan orang-orang Teluk Intan dan ianya adalah merupakan trademark bagi Teluk Intan..Ape pun,aku berbangga kerna aku dibesarkan di Teluk Intan..Jemputlah ke Teluk Intan jika anda berkesempatan,cuma apa yang aku nampak disini(ini adalah pendapat aku sahaja,aku melihat tiada ole-ole atau cenderahati berkaitan jam tinggi ini,dijual di dalam atau sekitar jam tinggi ini..seharusnya pihak yang berkenaan,harus melihat dari segi nilainya sesuatu industri pelancongan dan tarikan di sini.....
Ambil contoh di Melaka,pihak pentabiran disana mengambil dan melihat peluang yang ada,dengan penjualan kepelbagaian hasil seni dan barangan cenderahati anak watan sebagai buah tangan buat pelancong dari dalam dan luar negeri dijual di sekitar tempat-tempat bersejarah)
Dan pada pendapat aku,dengan ada nya sedemikian,secara tidak langsung, ianya boleh menambahkan pendapatan buat warga anak tempatan dan te
rmasuklah satu tarikan yang semakin hampir pupus di Teluk intan iaitu Beca...
Aku melihat,pengusaha-pengusaha beca semakin hari semakin malap kerana tiadanya alternatif daripada
pihak yang berkenaan yang menampakkan ianya adalah satu industri dan tarikan pelancongan utama di Bandar Teluk Intan..
Adakah dengan hanya pembinaan bangunan yang tinggi-tinggi, besar-besar dan kelihatan moden,ianya boleh menarik minat pelancong dari dalam atau luar negeri?Seharusnya,kita memperjuangkan identiti-identiti yang m
enarik minat para pelancong ke Teluk Intan iaitu mengekalkan warisan dan persekitaran serta mempertingkatkan dan mempromosikan industri makanan warisan (contoh Mastan Ghani,Ghulam Rasul dan lain-lain lagi) bagi memperkenalkan lagi Teluk Intan kepada luar khususnya dengan melalui industri makanan...
Ini adalah sebahagian daripada pendapat aku buat renungan bersama agar kita dapat bersama bertukar-tukar pendapat dan idea-idea yang memberangsangkan untuk kebaikan semua pihak...
(Gambar Teluk Intan pada 1950......)






Gambar Teluk Intan dari udara......1978
.

6 comments:

  1. Pernah juga ingin menjadikan Telok Intan sebagai kajian laskap budaya saya semester lepas, memandangkan budaya orang maindaling di Telok Intan agak terkenal selain asalusul nama Telok Intan itu sendiri berkaitan dengan seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling,Sumatera iaitu mak Intan.Banyak sejarah Telok Intan sebenarnya, tapi dari segi tangible(nilai tampak), lanskap budaya Tlok Intan telah diperkosa hebat.Bangunan2 lama sudah takde.Dimegah dengan rata-ratanya bangunan bersenibina moden. bangunan rumah kedai lama yang penoh nilai sentimental sangat minimal.Itu yang saya cuba cari semasa seorang teman membawa saya meninjau pekan Telok Intan kelmarin...apepon, Telok intan dalam kenangan saya.Manis sekali : )

    ReplyDelete
  2. kelak..akan saya ungkapkan lubuk-lubuk bagi suku kaum di teluk intan..ada pelbagai etnik suku kaum di teluk intan...nantikan persembahannya..

    ReplyDelete
  3. teluk intan atau teluk anson...aku anak jati sana...memang betol...habis semua bangunan lama terbiar begitu sahaja...istana lama contohnya...habis dikerjakan mat pet...makanan, memang terbaik...

    ReplyDelete
  4. akum Pami.. bagus.. good job.. Pejuang sejati warisan teluk intan. Aku cam ko gak .. Teluk Intan akan sentiasa menjadi kebanggaan aku walau di mana aku berada. Address dalam IC aku pun tak akan aku tukar dan sumpah aku takkan tukar sampai bila-bila. Itu nak aku jadikan bahawa aku adalah anak Teluk Intan... Teluk Intan memang best. Kalo tak caya datang dulu. Meh pekena nasi lambai, Mi Jawa Padang Speedy ehh... manyak lagi lah tempat makan yang best ... tak caya .. datang dulu.. nak tau manyak lagi info ... tanya Fahme. Aku kenal sangat budak ni. Anak Tok Sidang kampung aku.. Aku rasa dia ni lebih layak daripada yang layak untuk menerajui kepimpinan anak muda kat kampung. Sikap yang serba cool dan bergaya Blues boleh menjadikan beliau senang didampingi oleh golongan muda. Biarkan situa di kampung kita dengan dunia ego mereka. Lu Pami .. teruskan perjuangan. Macam lu buat projek kat dewan Kampung Bahagia ari tu.. Memang bagus sangat. Sebab aku tak duduk kat kampung je lagi .. Kalau tak aku sure join punya... Apap pun Kg. Bahagia & Teluk Intan is the best places yang pernah aku tau. Kirim salam kat Lu punya Dad.. Harap-harap sihat.. Satu-satunya Tok Sidang yang paling cool dariada yang ada sekarang ni... Yang sekarang ni .. bukan aku nak cakap tak elok .. tapi lebih dari buruk..HAMPEHHH.....

    ReplyDelete