Wednesday, December 31, 2008

Kedai Abang hasan & chu.....




Sebuah lagi lubuk yang popular dikalangan penggemar minuman yang kaw!!!
Salah satu port melepak bagi kakitangan kerajaan yang popular iaitu Kedai makan Abang hassan & chu Jalan laksamana Teluk intan..
Menu yang popular disini ialah minuman-minuman yang memang best yang diolah sepenuh jiwa dan ikhlas oleh Abang Hassan...memang besttt!!!
Makanan-makanan di sini juga sedap-sedap belaka terutama nasi lemaknya yang memang sempoi...
Jika anda berkesempatan,anda rasai dan alamilah sendiri pengalaman tersebut...
lokasi kedai makan ini ialah berhampiran Balai Bomba Teluk Intan....
Apa pun,singgah-singgah lah jika anda berkesempatan....





"Milo Ais yang memang terangkat!!!
salah satu kesukaan teman kat sini..











Mee goreng campur!!!
-salah satu menu yang popular kat sini...harga pun amat berpatutan..
cubalah,anda pasti menyukainya!!

Sunday, December 21, 2008

Malindo Apom Balik......




Kadangkala,ada ketikanya kita terlepas pandang..Ini adalah salah satu lubuk bagi penggemar Apom Balik!!
Apom Balik Malindo..Salah satu Apom Balik yang telah lama menjual apom balik dan mempunyai peminatnya sendiri!!
Rasanya yang enak dan sedap serta harga yang amat berpatutan...
Jika anda berpeluang berkunjung ke sini,cubalah menikmatinya sendiri....
Lokasinya ialah di belakang stesen minyak Shell di tengah Bandar Teluk Intan...

Saturday, December 20, 2008

Mee Jawa jalan Speedy.....




Salah satu lubuk makan yang paling popular di Teluk Intan iaitu Mee Jawa jalan Speedy...
Mee Jawa ini telah beroperasi lebih daripada 30 tahun...
Mee Jawa ini amat digemari oleh semua golongan masyarakat di sekitar Teluk Intan...
Jika anda berkesempatan ke Teluk Intan,anda boleh mencuba nya sendiri...
Anda pasti berpuas hati...cubalah!!

Friday, December 19, 2008

Nasi Kandar Krisnan.....


Salah satu lubuk makan yang paling popular di Teluk Intan...
Tidak lengkap kunjungan anda ke sini jika belum menikmati juadah-juadah dan lauk pauk di sini..
Lokasi lubuk ini ialah di jalan Changkat Jong...
Menu utamanya ialah Ayam goreng berempahnya yang memang bestttt...kari ikan dan ayam yang sedap dan begitu mengiurkan...
Pemilik berbangsa india dan Para tukang masaknya adalah orang melayu ber agama islam..
Ayam-ayamnya dibekalkan oleh orang-orang islam di Pasar Teluk Intan..
kedai ini adalah berstatus halal.....
Apa pun,sila lah rasa dan hayati lah sendiri jika anda berpeluang berkunjung ke Teluk Intan...

Abdullah Mastan Ghani...


Salah satu lubuk makan yang wajib anda kunjungi...
Pemilik kedai ini merupakan keluarga Mastan Ghani..Menu istimewa di sini Mee Rebus dan Pasembornya..Kedai ini terletak berhadapan dengan Supermarket The Store..
Harganya yang berpatutan dengan rasa yang begitu menyelerakan dan salah satu sifat yang terpuji yang ada pada pemilik kedai makan ini ialah Tahap kebersihannya yang boleh dijadikan contoh tauladan buat peniaga-peniaga yang lain..
Jika anda berkesempatan,berkunjunglah ke sini dan menikmati nya sendiri..
Anda pasti teruja...

Bubur kacang kaki lima...


Anda mengidam nak makan bubur kacang atau gandum?Inilah lubuknya....
Salah satu lubuk penggemar Bubur kacang atau gandum dan Apam Manis...
lokasi nya berhampiran dengan Kedai makan Nasi lambai@Sultana...
Jika berkesempatan,sila lah berkunjung ke mari...sedap wei!!

Nasi Padang Masakan Minang...


Jika anda seorang peminat masakan Padang@Minang,anda boleh berkunjung di salah satu lubuk makan yang menyajikan masakan-masakan Minang di jalan Speedy!!
Kadar harga makanan disini amat lah berpatutan dan pemilik kedai ini sungguh peramah dan mesra...Lauk pauk di sini sentiasa lauk-pauk yang baru(bukan semalam-semalam punya la..)
Apa pun,silalah berkunjung dan menikmatinya sendiri,anda pasti menyukainya..

Thursday, December 18, 2008

Restoran Hailam(Joo Heng Long)..


Jika anda meminati nasi goreng hailam dengan rasa yang sungguh enak,anda boleh mencubanya disini..Kedai ini berhadapan dengan Mastan Ghani Teluk Intan..Kedai ini juga dikenali sebagai Kedai makan Hailam..
Kedai ini juga sudah hampir 40 tahun menjalankan perniagaan makanan di sini dan masakan-masakannya menjadi lagenda di Teluk Intan..
Diantara menu-menu istimewa di sini ialah Nasi Gorengnya,bihun supnya dan bistik nya..
Harga bagi nasi goreng ini ialah Rm3.80 sahaja tetapi boleh makan sampai 2 orang(banyak yob!!)
Oh ya,makanan di sini boleh dimakan oleh orang-orang islam kerana pemiliknya berbangsa cina hailam..jadi benda-benda tu,deme pun tak makan!!namun jika ragu-ragu,tak payah pergi lah!!!
Ape pun,anda boleh mencubanya sendiri dan pastinya anda berpuas hati ....

Mee Rebus Daun Pisang.....



Sebuah lagi lubuk makan yang menjadi tumpuan peminat Mee Rebus..
Yang menjadi special Mee Rebus di sini ialah ianya berbungkus didalam daun pisang dan dengan rasa yang begitu enak serta menyelerakan sekali...
Lokasi lubuk ini adalah di belakang Stesen Bas Teluk Intan..Mee Rebus Daun pisang ini memulakan perniagaannya di malam hari sahaja!!..
Harga sebungkus cuma Rm2.40-Rm2.70 jika bertelur rebus..
"jika anda berkesempatan,silalah mencuba Mee Rebus disini..Ianya pasti membuka selera anda..."

Sunday, December 14, 2008

Rojak Ah Chai.............


Anda penggemar Rojak Buah?Anda seharusnya mencubanya di sini(salah satu lubuk makan-makan yang harus anda lawati jika anda ke Teluk Intan)..
Rojak Ah Chai ini cukup terkenal di Teluk Intan(keropok udang dia cukup best..)
Harga dalam Rm2.50-Rm3.00 sahaja...cubalah jika anda berkesempatan ke sini..
Lokasinya bersebelahan dengan Pasar Besar Teluk intan...
Ianya telah beroperasi lebih dari 20 tahun...
Salah satu lagenda Rojak Buah di Teluk intan......

Saturday, December 13, 2008

Nasi Kandar Jalan Speedy...........


Sebuah lagi kedai nasi kandar yang popular juga di Teluk intan..Ianya diberi gelaran Nasi Kandar Jalan Speedy..
Menu utamanya disini ialah nasi campurnya dan kari-karinya yang memang sedap..
Lokasi lubuk ini ialah di jalan Speedy(berhadapan Stadium Mini Teluk Intan)
Jika anda berpeluang ke sini,cuba lah rasa dahulu...sempoiii...

M.Ghulam Rasul@Nasi Kandar.......

Oh ya!Salah satu nama yang mempunyai lagenda Ayam gorengnya tersendiri dan nasi briyaninya iaitu Ghulam Rasul...

Sedikit sejarahnya:Asal kedai ini terletak di bawah pokok bersebelahan pusat Eon service jalan Changkat jong,Teluk Intan!!diketika itu,kedainya kecil dan simple sahaja namun pelanggan-pelanggannya amat ramai..Dilimpahkan rezeki yang lebih dari Yang Esa,maka beliau membeli tanah dan didirikan sebuah kedai seperti yang anda lihat diatas..Kini beliau mempunyai cawangan-cawangannya di sekitar hilir Perak..sifat terpuji yang ada pada pemilik kedai ini ialah sikap pemurah beliau dan beliau suka bersedekah tanpa mengira kaum atau agama..Ape pun,lauk pauk di sini sungguh menyelerakan dan jika anda kelapangan,sila lah menjamu selera di sini..


"Nasi Briyani yang sungguh enak...
Sungguh menyelerakan....."




Nasi Lambai.......

Bercerita tentang makan makan ni,aku nak berkongsi sedikit cerita tentang kedai-kedai makan di Teluk Intan ni..

Nasi Lambai Teluk Intan...
Menurut kata orang-orang tua yang memang dah lama bertapa di Teluk intan ni,Nasi Lambai ini telah wujud pada tahun1950an lagi(lama benor tu)
Ianya diberi gelaran sedemikian rupa kerna Tuan punya kedai tu,selalu aje
melambai-lambai pada orang ramai yang lalu lalang dihadapan kedai beliau maka oleh itu,gelaran nasi lambai telah di beri oleh penduduk setempat diketika
itu..tapi ape yang pasti,memang sedap masakannya yob!!cubalah le try..(bole
mengidam dibuatnya,hehehe.....)..lagi satu yang menariknya tentang kedai ni ialah lauk pauk
nya senantiasa baru dan fresh(tiada kuah atau lauk-lauk yang semalam punya la...)



Kari kepala ikan...
salah satu lauk pauk yang memang terangkat!!....
















Nasi kandar ni memang terangkat!!
Cubalah!!.....

Mastan Ghani.........


Ini adalah salah satu tempat aku melepak sambil menghilangkan dahaga..Ia juga merupakan salah satu kedai makan yang tersohor serta mempunyai lagenda Mee Rebus dan Rojak Pasembornya yang tersendiri..Mastan Ghani Teluk Intan..
Kunjungan anda tidak lengkap sekiranya anda belum mencuba dan menikmati sendiri keenakkan masakan di sini..
Harga yang berpatutan,kebersihan dan sikap yang mesra pelanggan merupakan moto utama kedai ini....
Pemilik kedai ini,Encik Sultan adalah merupakan kesinambungan daripada Era Mastan Ghani serta mewarisi bakat masakan daripada orang tua beliau sendiri..
Beliau juga merupakan seorang yang msera,peramah dan selalu bersedekah serta berpegang kuat kepada agama...
Apa pun,nama Mastan Ghani dan Teluk intan sudah sebati ibarat kata pujangga"bagai aur dengan tebing.."
Kini,warisan perniagaan ini,telah beliau perturunkan kepada anak-anak beliau bagi menyambung warisan serta lagenda Mastan Ghani...
Oh ya,hasil karya aku pun ada dipamerkan di kedai ini(sebuah lukisan yang aku coretkan buat kawan aku).......





"Sedap beb Mee Rebus ni!!!..."
Anda hanya boleh mendapatkannya di Teluk Intan sahaja!!









Tenaga kerja yang paling lama berkhidmat dengan Mastan Ghani
-Encik Mat Scoot.....org lama nih!!






Awek kat cashier tu(bertudung putih),merupakan cucu kepada Encik Sultan(anak kepada Encik Kadir bin Sultan)..belum berpunya lagi tu,hehehe....



Salah satu karya aku
(lukisan) turut dipamerkan dikedai ini...

Kawan-kawan aku..hensem tu!! Part 6






Apa macam?Cantik tak kawan-kawan aku ni?Sikit punya hensem ni?nak berkenalan pun boleh..takde masalah punya!!hehehe..
Jauh deme datang ni,dari hutan tuu!!!Ape pun,ini semua adalah makhluk ciptaan Yang Maha Agung..
Deme pun berhak tinggal di alam fana ni,jadi peliharalah alam sekitar dan jagalah kebersihan untuk masa depan yang gemilang,terbilang dan ikan semilang..hahaha..ok!!
Moral disebalik cerita tentang haiwan-haiwan ini ialah kita seharusnya sedar dan bersikap bertanggungjawab terhadap alam flora yang kian lama semakin rakus kita lakukan demi kepentingan sendiri yang akhirnya menyebabkan haiwan-haiwan ini semakin pupus dan semakin berkurangan habitatnya..
Kita seharusnya memelihara hutan-hutan untuk hidupan liar bagi menyambung generasi habitat-habitat ini buat tatapan anak cucu kita kelak..
Walau apa pun,anda mampu mengubahnya..insyaAllah..

Kereta aku kini....Part 5




Ini lah kereta baru aku(baru cat aje!!)...bole le ke sana kemari sampai le ke Angkasapuri(hahaha..)
Keadaan kereta ni sewaktu aku baru beli,keadaannya kira menyedihkan juga laa..tapi tak mengapa,kena pada sentuhan listrik ni,kira anggun juga le...hehehe..
Lama juga aku menunggu kereta aku ni siap sepenuhnya!!!hampir satu bulan setengah wooo!!kedai kekawan le katakan,tu yang buat lambat tu!!
Apa pun,yang pasti,inilah kemampuan dan rezeki aku buat masa ni..syukur alhamdulillah(janji jangan berhutang,pening kepala wei!!)..

Sorang lagi janda aku(Kereta Drift aku)




Sorang lagi janda aku dan ini adalah kereta Drift aku..pun aku dah jual pada orang Bandar Damansara!!kereta buat main-main je!!........kereta ni kurang memberikan aku sakit kepala atau melemahkan jantung aku(spare parts banyak,murah dan jimat minyak kereta ni..)hehehe..

Janda lama aku(kereta aku la)Part 4

Ini lah janda aku(kereta Volkswagen herbie).Aku membeli kereta ni di Kampung Tungku,Petaling Jaya..Sewaktu aku membelinya,keadaan kereta ini amat-amatlah mendukacitakan..Dengan berkat kesabaran dan kecintaan aku,aku mula memperindahkannya sehingga keadaannya seperti yang anda saksikan ketika ini..kereta ni cukup aku sayang tapi sudah suratan takdir(jodoh aku dengan kereta ini pulak tak panjang)..sudah aku jual pada orang Padang Balang,Sentul Selangor....kita hanya mampu merancang,Yang Maha Esa yang menentukan..
Kereta ini meninggalkan kenangan yang amat mendalam bagi aku(kerna seseorang).....Dan aku membeli kereta ini adalah kerana seseorang yang aku sayang...dan niat aku untuk membawa dia bersama dengan kereta ini tidak kesampaian,kerna dia sudah disunting orang..Namun kehidupan harus diteruskan,perjuangan harus dilaksanakan dan kini aku mula membuka lembaran baru dan azam aku untuk mempertingkatkan lagi perniagaan aku dan kehidupan aku ke arah yang lebih baik..


"Kini,hanya nostalgia yang tinggal buat kenangan aku dan si dia..Memori terindah kian hilang dalam pandangan,lalu aku simpankan memori silam dan aku pendamkan sebuah impian...."

Hobi si penjual burger.....Story Part 3


Setiap manusia di bumi Tuhan ini mempunyai hobi..tak terkecuali aku dan hobi aku di masa lapang ialah membaiki motorsikal yang buruk sesangat,membaik pulih motorsikal sampai jadi macam motorsikal baru dan mengumpul basikal2 pelbagai jenis..
Ianya memberikan satu kepuasan kepada aku seumpama berkarya sebuah puisi(cewah!!macam sasterawan le pulak!!)hehehe...Kadangkala sahabat-sahabat aku,begitu pelik dengan hobi aku ni,kata deme aku ni gila motor(memang aku gila motor,nasib baik aku gila motor,kalau aku gila kapal selam,dekat mana nak taruh kapal selam tu?..takkan dalam rumah ni kot,hahaha)


Ini adalah lifestyle aku...Aku biasa menyendiri melayan perasaan aku bersama si dia(motorsikal aku daa...).....Bagi aku,aku senang dan rileks berkeadaan begini..biar apa orang nak kata,Aku tetap hidup dalam Blues.."still got the Blues kata Gary Moore.."










"Kenangan aku bersama motorsikal memberikan seribu pengalaman dan pengertian yang amat mendalam,ianya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata kecuali dengan menempuhi onak dan ranjaunya...liku-likunya amat berduri namun memberikan kenikmatan yang sebenar..."





Aku dan motor memang tak dapat di pisahkan..ibarat kata Karam Singh Walia"Air yang dicincang,takkan putus selagi bil air tiada tunggakkan"..Memang menjadi cara aku,aku suka kerja-kerja yang sebegini kerna ianya memberikan kepuasan yang tidak dapat digambarkan oleh kata-kata...Akhir kata,berhati-hatilah dijalan raya kerna sedikit kecuaian,boleh membawa padah dan bertawakal lah selalu kepadaNya!!