

Setiap manusia di bumi Tuhan ini mempunyai hobi..tak terkecuali aku dan hobi aku di masa lapang ialah membaiki motorsikal yang buruk sesangat,membaik pulih motorsikal sampai jadi macam motorsikal baru dan mengumpul basikal2 pelbagai jenis..
Ianya memberikan satu kepuasan kepada aku seumpama berkarya sebuah puisi(cewah!!macam sasterawan le pulak!!)hehehe...Kadangkala sahabat-sahabat aku,begitu pelik dengan hobi aku ni,kata deme aku ni gila motor(memang aku gila motor,nasib baik aku gila motor,kalau aku gila kapal selam,dekat mana nak taruh kapal selam tu?..takkan dalam rumah ni kot,hahaha)

"Kenangan aku bersama motorsikal memberikan seribu pengalaman dan pengertian yang amat mendalam,ianya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata kecuali dengan menempuhi onak dan ranjaunya...liku-likunya amat berduri namun memberikan kenikmatan yang sebenar..."
Aku dan motor memang tak dapat di pisahkan..ibarat kata Karam Singh Walia"Air yang dicincang,takkan putus selagi bil air tiada tunggakkan"..Memang menjadi cara aku,aku suka kerja-kerja yang sebegini kerna ianya memberikan kepuasan yang tidak dapat digambarkan oleh kata-kata...Akhir kata,berhati-hatilah dijalan raya kerna sedikit kecuaian,boleh membawa padah dan bertawakal lah selalu kepadaNya!!
Lelaki biasanya hidup dengan 5 bende-rokok, maplei,kete@moto,bola dan gadis.anda mungkin dengan elemen ke3.
ReplyDeletehehehe....
ReplyDeleteGambar-gambar aku diatas ini diambil oleh salah seorang sepupu aku,Fariz!!anda boleh melihat karya-karya beliau di farizhilmi.fotopages.com
ReplyDeletebaik.terima kaseh.saya juga berminat dengan fotografi.
ReplyDeletecayalah~ good hobby. keep it up!~
ReplyDelete