Saturday, January 17, 2009

jalan-jalan cari makan di Teluk Intan...Part 27


Anda mencari ketenangan dan ingin rileks sambil menjamu selera cara masakan ala Thailand?
Inilah lubuknya jika anda mencari suasana seperti berikut...
Wana Cafe atau lebih dikenali oleh masyarakat setempat sebagai Berkat Tom Yam...
Berkat Tom Yam yang memulakan perniagaannya di Bangunan Skomk Teluk Intan telah menjangkau melebihi 20 tahun lamanya...
Kini nama Wana Cafe menjadi pengganti(nama pemilik cafe ini ialah Puan Nurul Salwana atau nama glamornya Kak Uda@Kak Wana...)
Kak Wana ini peramah dan mudah tersenyum serta mesra pelanggan.Beliau juga mempunyai idea-idea kreatif dan sentuhan seni dari segi penghasilan kraftangan(lihat sahaja di sekitar kedai beliau)semuanya diolah sendiri oleh beliau...
Berkat Tom Yam@Wana cafe juga merupakan lagenda Tom yam di Teluk Intan dan kini Berkat Tom Yam telah berpindah ke Bandar Baru Teluk Intan(belakang Rumah Rehat Teluk Intan)...
Antara menu istimewa disini ialah Nasi Goreng Berkat,Tom Yam Udangnya dan yang paling diminati oleh masyarakat setempat ialah Sambal belacannya yang unik dan enak...(teman sendiri pun minat kat sambal belacan kat sini,hehehe...)
Lokasi Wana Cafe adalah di Belakang Rumah Rehat Teluk Intan(dalam kawasan Bandar Baru Teluk Intan)..
Waktu perniagaan bermula pada pukul 6 petang sehingga 2 pagi..
Cubalah jika anda berkesempatan kemari...











Landskap cetusan daripada Kak Wana..amat tenang sekali!!Halus dan berseni hasil kerja Kak Wana...















"Rileks dan santai...jauh dari kebisingan bandar.."Sesuai dibawa keluarga2 yang inginkan kedamaian suasana sambil menjamu selera..
















"Salah seorang Superhero di sini atau Penghulu di kedai ini(anak Kak Wana daa...)...asyik dok perayat Motor Passola aku(minat sangat katanya)hehe..."

6 comments:

  1. meriah jugak pekan kita ye mie...aku pernah makan kat sini sekali dulu...

    ReplyDelete
  2. ye ke?mengapa tak ajak aku sekali?haha...

    ReplyDelete
  3. tomyam die kaw x? huhu.dah lama xmkn tomyam.

    ReplyDelete
  4. mie..blk ari tu aku makan kat ct mewah..perghhh awek cun!

    ReplyDelete
  5. To mizz affnie:Tom yam dia ok jugak..

    To Afna:Ko ni tak habis2 ngan awek cun manjang!!mentang2 le aku ni bujang trang tang-tang...haiya!!

    ReplyDelete
  6. Telok Anson, bilakah aku boleh ke sana lagi...huhu...

    ReplyDelete