Friday, July 5, 2013

Mutiara kata si fahme Burger

Mutiara kata si Fahme Burger "Orang yang paling haprak dan keji ialah orang yang mencuri makanan si kucing sewaktu kucing itu sedang menjamah makanan nya dengan penuh berselera.." Mutiara kata si Fahme Burger "Orang yang paling pandai dan sangat bijak ialah orang yang pandai menyembunyikan bunyi kentut dan bijak menghilangkan bau kentut nya sewaktu sedang bermesyuarat bersama Perdana menteri dan menteri-mentei kabinet yang lain.." Mutiara kata si Fahme Burger "Bunyi aneh yang cukup dikenali oleh semua orang dan semua golongan masyarakat ialah bunyi kentut.." Mutiara kata si fahme Burger "Pesakit yang paling memeningkan kepala para doktor2 pakar ialah pesakit yang tertinggal anak kunci didalam telinganya kerna sikapnya yang gemar mengorek lubang telinga menggunakan anak kunci mangga rumahnya.." Mutiara kata si Fahme Burger "Orang yang paling bengang sekali didalam dunia ialah orang yang sudah habis banyak duit membeli nombor ekor,namun sepatah haram pun tak pernah kena.."

Tuesday, February 10, 2009

Mee Rebus Pak Din....


Salah satu Mee Rebus yang kita terlepas pandang....
Mee Rebus Pak Din

Di antara Mee Rebus yang mempunyai peminat-peminatnya sendiri...

Telah memulakan perniagaan Mee Rebus ini sejak tahun 1962 lagi...
Mula menjual mee rebus pada kadar harga 30 sen sepinggan dan air segelas 10 sen pada tahun 1962..
Kini harga sepinggan cuma Rm2.00 sahaja!!

Mempunyai rasa yang enak dan sedap serta dikekalkan trademarknya sehingga kini...
Mee Rebus Pak Din cukup terkenal dikalangan orang-orang lama di Teluk Intan...
Lokasi Kedai ini adalah dibelakang Bangunan Mara Teluk Intan....


Kini perniagaan Mee Rebus ini diambil alih oleh anak lelaki Pak Din bagi meneruskan kesinambungan lagenda Mee Rebus Pak Din ini...

Jika anda berkesempatan,silalah berkunjung dan rasailah Mee Rebus Pak Din ini....




"Murah dan enak!!cubalah kemari!!"

Saturday, January 17, 2009

jalan-jalan cari makan di Teluk Intan...Part 27


Anda mencari ketenangan dan ingin rileks sambil menjamu selera cara masakan ala Thailand?
Inilah lubuknya jika anda mencari suasana seperti berikut...
Wana Cafe atau lebih dikenali oleh masyarakat setempat sebagai Berkat Tom Yam...
Berkat Tom Yam yang memulakan perniagaannya di Bangunan Skomk Teluk Intan telah menjangkau melebihi 20 tahun lamanya...
Kini nama Wana Cafe menjadi pengganti(nama pemilik cafe ini ialah Puan Nurul Salwana atau nama glamornya Kak Uda@Kak Wana...)
Kak Wana ini peramah dan mudah tersenyum serta mesra pelanggan.Beliau juga mempunyai idea-idea kreatif dan sentuhan seni dari segi penghasilan kraftangan(lihat sahaja di sekitar kedai beliau)semuanya diolah sendiri oleh beliau...
Berkat Tom Yam@Wana cafe juga merupakan lagenda Tom yam di Teluk Intan dan kini Berkat Tom Yam telah berpindah ke Bandar Baru Teluk Intan(belakang Rumah Rehat Teluk Intan)...
Antara menu istimewa disini ialah Nasi Goreng Berkat,Tom Yam Udangnya dan yang paling diminati oleh masyarakat setempat ialah Sambal belacannya yang unik dan enak...(teman sendiri pun minat kat sambal belacan kat sini,hehehe...)
Lokasi Wana Cafe adalah di Belakang Rumah Rehat Teluk Intan(dalam kawasan Bandar Baru Teluk Intan)..
Waktu perniagaan bermula pada pukul 6 petang sehingga 2 pagi..
Cubalah jika anda berkesempatan kemari...











Landskap cetusan daripada Kak Wana..amat tenang sekali!!Halus dan berseni hasil kerja Kak Wana...















"Rileks dan santai...jauh dari kebisingan bandar.."Sesuai dibawa keluarga2 yang inginkan kedamaian suasana sambil menjamu selera..
















"Salah seorang Superhero di sini atau Penghulu di kedai ini(anak Kak Wana daa...)...asyik dok perayat Motor Passola aku(minat sangat katanya)hehe..."

Thursday, January 8, 2009

jalan-jalan cari makan di Teluk Intan...Part 26


Anda mencari lubuk kuih muih?Teringin kuih muih tradisional?Inilah lubuknya.....
Salah satu kedai yang menjual kuih muih tradisional pelbagai jenis dan rasa yang enak serta harga yang berpatutan...
Apa yang menariknya disini ialah penjualan kuih muih yang puluhan jenis,rasa yang sedap dan murah...Penjual-penjual pula peramah dan mesra pelanggan..
Lokasi lubuk ini ialah di simpang utama Kampung Bahagia,Teluk Intan..
Yang pasti,inilah tempat bagi anda yang ingin mencuba kuih muih tradisional orang melayu...
Singgah lah jika anda berkesempatan di sini....








Sedap-sedap kuih kat sini....
cubalah .....























"Boleh rambang mata tengok kuih muih kat sini...."

Friday, January 2, 2009

jalan-jalan cari makan di Teluk Intan...Part 25


Jika anda gemarkan popia yang sedap dan enak rasanya,saya mensyorkan anda mencuba popia ini..
Salah satu Popia yang terkenal di Teluk Intan yang mempunyai rasa yang sedap dan enak serta harga yang berpatutan....
Popia Rahiman lebih dikenali di sekitar Pasar Malam-pasar malam di Teluk intan...
Mempunyai peminatnya sendiri dan jangan melepaskan peluang jika anda berkesempatan bagi merasai keenakkan popia ini....
Empunya popia ini iaitu Encik Rahiman adalah seorang yang peramah dan mesra pelanggaan...
Aspek kebersihan menjadi kemestian kepada beliau...Kini beliau dibantu oleh kedua anak beliau bagi menjalankan perniagaan ini...


Popia Rahiman telah menjadi satu ikon bagi para peniaga popia yang lain dan semoga beliau terus maju dan mengekalkan keunikan serta tradisi resepi Popia beliau...
Apa pun,selamat mencuba jika anda ke Teluk Intan....






Popia goreng yang best!!!
-sedap wei!!!
















Popia basah yang menjadi kegemaran pelanggan-pelanggannya...
Rasa yang sedap dan enak menjadi pilihan utama para pelanggan...

Thursday, January 1, 2009

jalan-jalan cari makan di Teluk Intan...Part 24





Anda suka makan nasi lemak?tapi dimalam hari?ditempat yang benar-benar rileks?
inilah salah satu tempat yang patut anda kunjungi.....
Anuar Udang,salah satu nama yang tidak asing bagi penggemar udang-udang segar yang diperoleh dari Sungai Perak...
Menu Utama disini ialah Nasi Lemak nya yang sedap dan sambal tumis udangnya yang enak dan menyelerakan....
Lauk pauk yang lain ada juga dijual disini dan yang pasti,rasa masakan yang sedap dan menepati citarasa orang ramai....Apa yang menariknya ialah suasananya yang benar-benar santai berlatarkan sungai Perak dan jauh dari kebisingan Bandar Teluk intan...
Nasi lemak Nuar udang menjadi tumpuan bagi warga Teluk intan dan mendapat sambutan dari dalam dan luar Teluk intan...
Harga makanan disini juga amat berpatutan dan apa yang pasti,anda jangan melepaskan peluang bagi merasai keenakan nasi lemak Nuar Udang ini...
Lokasi kedai ini ialah di hujung Tanjung Durian sebatang,Teluk intan...jarak kedai ini dengan menara jam condong hanya 800 meter sahaja!!(jika naik basikal,cuma 5 minit sahaja)...














Udang goreng tepung yang sedap!!!
Harga pun amat berpatutan....














Sambal Tumis udang yang sedap dan lazat!!!sedap wei!!!Udang yang benar-benar fresh,diperolehi dari pengail-pengail udang di Sg Bidor dan Sg Perak.....

jalan-jalan cari makan di Teluk Intan...Part 23


"Dalam banyak-banyak makanan di Teluk Intan,inilah salah satu makanan kegemaran aku...
Aku dari kecik sehinggalah aku dah besor panjang ni,Gado-Gado ni sudah terpahat di sanubari aku..."

Salah satu lubuk bagi penggemar Gado-Gado atau bahasa sainstifiknya" Cucur Udang laa.."
Gado-Gado ini memang menjadi tumpuan warga Teluk Intan yang gemarkan Gado-Gado yang sedap dan enak rasanya...Harga pun amat berpatutan(Rm2.00 aje yob!!)
Gado-Gado Maiden ini telah beroperasi lebih 30 tahun lamanya dan menjadi lagenda Gado-Gado di Teluk Intan...
Lokasinya ialah bersebelahan dengan Sate Wak Teni(Medan Selera hadapan Menara condong)
Cubalah...Anda pasti menyukainya....













Pemilik Gado-Gado Maiden
-Encik Nasir @ abang nasir
"Seorang yang peramah dan tidak lokek dengan senyuman..."













Dia punya Cucur udang lembut je...
Rangup diluar,lembut didalamnya..
Best...!!!
Diantara Gado-Gado yang terkenal di Teluk Intan....

Sate Wak Teni......


Anda peminat Sate?mencari sate yang mempunyai rasa yang enak dan sedap?Inilah lubuknya....
Inilah diantara Sate yang terkenal di Teluk Intan,iaiutu Sate Wak Teni....
Mempunyai rasa Sate yang sedap dan kuah sate nya yang enak...
Kunjungan anda tidak lengkap,jika anda tidak merasainya sendiri..
Lokasinya ialah berhadapan Menara Jam Condong Teluk Intan...





Dengan rasa yang enak dan harga yang berpatutan,inilah salah satu tempat yang wajib anda kunjungi...
Telah memulakan perniagaan hampir 30 tahun,kini Sate Wak Teni sudah berada dibibir peminat-peminat Sate di Teluk Intan...
Apa pun,sila lah berkunjung ke mari dan anda pasti menyukainya....

ABC Hawaii Coliseum....


Salah satu lubuk yang harus anda kunjungi....
Menu istimewa disini ialah ABC dan Air buah buahannya....
Kedai ini telah menjalankan perniagaanya lebih 20 tahun lamanya...
Kedai ini juga merupakan salah satu lagenda dengan Air-airnya tersendiri..
Air minuman yang paling popular disini ialah Air Hawaii nya.Selain itu,air mata kucing,cendol dan minuman lain ada dijual disini....
Laksa dan rojak buahnya pun tidak kurang hebatnya..sedap weii!!!
Harganya pun amat berpatutan.....
Lokasi kedai ini ialah di hadapan Coliseum Teluk Intan dan bersebelahan Hotel Anson jalan sekolah...(berhampiran Sekolah Menengah Convent Teluk Intan)...
jika anda berpeluang,cubalah rasai dan alaminya sendiri....Selamat menjamu selera....













-ABC yang best disini....
sedap beb!!!!!
salah satu air yang popular kat sini















-Rojak buah.....
Diantara salah satu menu yang patut anda mencubanya.....

Wednesday, December 31, 2008

Kedai Abang hasan & chu.....




Sebuah lagi lubuk yang popular dikalangan penggemar minuman yang kaw!!!
Salah satu port melepak bagi kakitangan kerajaan yang popular iaitu Kedai makan Abang hassan & chu Jalan laksamana Teluk intan..
Menu yang popular disini ialah minuman-minuman yang memang best yang diolah sepenuh jiwa dan ikhlas oleh Abang Hassan...memang besttt!!!
Makanan-makanan di sini juga sedap-sedap belaka terutama nasi lemaknya yang memang sempoi...
Jika anda berkesempatan,anda rasai dan alamilah sendiri pengalaman tersebut...
lokasi kedai makan ini ialah berhampiran Balai Bomba Teluk Intan....
Apa pun,singgah-singgah lah jika anda berkesempatan....





"Milo Ais yang memang terangkat!!!
salah satu kesukaan teman kat sini..











Mee goreng campur!!!
-salah satu menu yang popular kat sini...harga pun amat berpatutan..
cubalah,anda pasti menyukainya!!

Sunday, December 21, 2008

Malindo Apom Balik......




Kadangkala,ada ketikanya kita terlepas pandang..Ini adalah salah satu lubuk bagi penggemar Apom Balik!!
Apom Balik Malindo..Salah satu Apom Balik yang telah lama menjual apom balik dan mempunyai peminatnya sendiri!!
Rasanya yang enak dan sedap serta harga yang amat berpatutan...
Jika anda berpeluang berkunjung ke sini,cubalah menikmatinya sendiri....
Lokasinya ialah di belakang stesen minyak Shell di tengah Bandar Teluk Intan...

Saturday, December 20, 2008

Mee Jawa jalan Speedy.....




Salah satu lubuk makan yang paling popular di Teluk Intan iaitu Mee Jawa jalan Speedy...
Mee Jawa ini telah beroperasi lebih daripada 30 tahun...
Mee Jawa ini amat digemari oleh semua golongan masyarakat di sekitar Teluk Intan...
Jika anda berkesempatan ke Teluk Intan,anda boleh mencuba nya sendiri...
Anda pasti berpuas hati...cubalah!!

Friday, December 19, 2008

Nasi Kandar Krisnan.....


Salah satu lubuk makan yang paling popular di Teluk Intan...
Tidak lengkap kunjungan anda ke sini jika belum menikmati juadah-juadah dan lauk pauk di sini..
Lokasi lubuk ini ialah di jalan Changkat Jong...
Menu utamanya ialah Ayam goreng berempahnya yang memang bestttt...kari ikan dan ayam yang sedap dan begitu mengiurkan...
Pemilik berbangsa india dan Para tukang masaknya adalah orang melayu ber agama islam..
Ayam-ayamnya dibekalkan oleh orang-orang islam di Pasar Teluk Intan..
kedai ini adalah berstatus halal.....
Apa pun,sila lah rasa dan hayati lah sendiri jika anda berpeluang berkunjung ke Teluk Intan...

Abdullah Mastan Ghani...


Salah satu lubuk makan yang wajib anda kunjungi...
Pemilik kedai ini merupakan keluarga Mastan Ghani..Menu istimewa di sini Mee Rebus dan Pasembornya..Kedai ini terletak berhadapan dengan Supermarket The Store..
Harganya yang berpatutan dengan rasa yang begitu menyelerakan dan salah satu sifat yang terpuji yang ada pada pemilik kedai makan ini ialah Tahap kebersihannya yang boleh dijadikan contoh tauladan buat peniaga-peniaga yang lain..
Jika anda berkesempatan,berkunjunglah ke sini dan menikmati nya sendiri..
Anda pasti teruja...

Bubur kacang kaki lima...


Anda mengidam nak makan bubur kacang atau gandum?Inilah lubuknya....
Salah satu lubuk penggemar Bubur kacang atau gandum dan Apam Manis...
lokasi nya berhampiran dengan Kedai makan Nasi lambai@Sultana...
Jika berkesempatan,sila lah berkunjung ke mari...sedap wei!!

Nasi Padang Masakan Minang...


Jika anda seorang peminat masakan Padang@Minang,anda boleh berkunjung di salah satu lubuk makan yang menyajikan masakan-masakan Minang di jalan Speedy!!
Kadar harga makanan disini amat lah berpatutan dan pemilik kedai ini sungguh peramah dan mesra...Lauk pauk di sini sentiasa lauk-pauk yang baru(bukan semalam-semalam punya la..)
Apa pun,silalah berkunjung dan menikmatinya sendiri,anda pasti menyukainya..

Thursday, December 18, 2008

Restoran Hailam(Joo Heng Long)..


Jika anda meminati nasi goreng hailam dengan rasa yang sungguh enak,anda boleh mencubanya disini..Kedai ini berhadapan dengan Mastan Ghani Teluk Intan..Kedai ini juga dikenali sebagai Kedai makan Hailam..
Kedai ini juga sudah hampir 40 tahun menjalankan perniagaan makanan di sini dan masakan-masakannya menjadi lagenda di Teluk Intan..
Diantara menu-menu istimewa di sini ialah Nasi Gorengnya,bihun supnya dan bistik nya..
Harga bagi nasi goreng ini ialah Rm3.80 sahaja tetapi boleh makan sampai 2 orang(banyak yob!!)
Oh ya,makanan di sini boleh dimakan oleh orang-orang islam kerana pemiliknya berbangsa cina hailam..jadi benda-benda tu,deme pun tak makan!!namun jika ragu-ragu,tak payah pergi lah!!!
Ape pun,anda boleh mencubanya sendiri dan pastinya anda berpuas hati ....

Mee Rebus Daun Pisang.....



Sebuah lagi lubuk makan yang menjadi tumpuan peminat Mee Rebus..
Yang menjadi special Mee Rebus di sini ialah ianya berbungkus didalam daun pisang dan dengan rasa yang begitu enak serta menyelerakan sekali...
Lokasi lubuk ini adalah di belakang Stesen Bas Teluk Intan..Mee Rebus Daun pisang ini memulakan perniagaannya di malam hari sahaja!!..
Harga sebungkus cuma Rm2.40-Rm2.70 jika bertelur rebus..
"jika anda berkesempatan,silalah mencuba Mee Rebus disini..Ianya pasti membuka selera anda..."

Sunday, December 14, 2008

Rojak Ah Chai.............


Anda penggemar Rojak Buah?Anda seharusnya mencubanya di sini(salah satu lubuk makan-makan yang harus anda lawati jika anda ke Teluk Intan)..
Rojak Ah Chai ini cukup terkenal di Teluk Intan(keropok udang dia cukup best..)
Harga dalam Rm2.50-Rm3.00 sahaja...cubalah jika anda berkesempatan ke sini..
Lokasinya bersebelahan dengan Pasar Besar Teluk intan...
Ianya telah beroperasi lebih dari 20 tahun...
Salah satu lagenda Rojak Buah di Teluk intan......