Tuesday, February 10, 2009

Mee Rebus Pak Din....


Salah satu Mee Rebus yang kita terlepas pandang....
Mee Rebus Pak Din

Di antara Mee Rebus yang mempunyai peminat-peminatnya sendiri...

Telah memulakan perniagaan Mee Rebus ini sejak tahun 1962 lagi...
Mula menjual mee rebus pada kadar harga 30 sen sepinggan dan air segelas 10 sen pada tahun 1962..
Kini harga sepinggan cuma Rm2.00 sahaja!!

Mempunyai rasa yang enak dan sedap serta dikekalkan trademarknya sehingga kini...
Mee Rebus Pak Din cukup terkenal dikalangan orang-orang lama di Teluk Intan...
Lokasi Kedai ini adalah dibelakang Bangunan Mara Teluk Intan....


Kini perniagaan Mee Rebus ini diambil alih oleh anak lelaki Pak Din bagi meneruskan kesinambungan lagenda Mee Rebus Pak Din ini...

Jika anda berkesempatan,silalah berkunjung dan rasailah Mee Rebus Pak Din ini....




"Murah dan enak!!cubalah kemari!!"