Thursday, January 1, 2009

jalan-jalan cari makan di Teluk Intan...Part 24





Anda suka makan nasi lemak?tapi dimalam hari?ditempat yang benar-benar rileks?
inilah salah satu tempat yang patut anda kunjungi.....
Anuar Udang,salah satu nama yang tidak asing bagi penggemar udang-udang segar yang diperoleh dari Sungai Perak...
Menu Utama disini ialah Nasi Lemak nya yang sedap dan sambal tumis udangnya yang enak dan menyelerakan....
Lauk pauk yang lain ada juga dijual disini dan yang pasti,rasa masakan yang sedap dan menepati citarasa orang ramai....Apa yang menariknya ialah suasananya yang benar-benar santai berlatarkan sungai Perak dan jauh dari kebisingan Bandar Teluk intan...
Nasi lemak Nuar udang menjadi tumpuan bagi warga Teluk intan dan mendapat sambutan dari dalam dan luar Teluk intan...
Harga makanan disini juga amat berpatutan dan apa yang pasti,anda jangan melepaskan peluang bagi merasai keenakan nasi lemak Nuar Udang ini...
Lokasi kedai ini ialah di hujung Tanjung Durian sebatang,Teluk intan...jarak kedai ini dengan menara jam condong hanya 800 meter sahaja!!(jika naik basikal,cuma 5 minit sahaja)...














Udang goreng tepung yang sedap!!!
Harga pun amat berpatutan....














Sambal Tumis udang yang sedap dan lazat!!!sedap wei!!!Udang yang benar-benar fresh,diperolehi dari pengail-pengail udang di Sg Bidor dan Sg Perak.....

3 comments: