Friday, December 19, 2008

Bubur kacang kaki lima...


Anda mengidam nak makan bubur kacang atau gandum?Inilah lubuknya....
Salah satu lubuk penggemar Bubur kacang atau gandum dan Apam Manis...
lokasi nya berhampiran dengan Kedai makan Nasi lambai@Sultana...
Jika berkesempatan,sila lah berkunjung ke mari...sedap wei!!

Nasi Padang Masakan Minang...


Jika anda seorang peminat masakan Padang@Minang,anda boleh berkunjung di salah satu lubuk makan yang menyajikan masakan-masakan Minang di jalan Speedy!!
Kadar harga makanan disini amat lah berpatutan dan pemilik kedai ini sungguh peramah dan mesra...Lauk pauk di sini sentiasa lauk-pauk yang baru(bukan semalam-semalam punya la..)
Apa pun,silalah berkunjung dan menikmatinya sendiri,anda pasti menyukainya..

Thursday, December 18, 2008

Restoran Hailam(Joo Heng Long)..


Jika anda meminati nasi goreng hailam dengan rasa yang sungguh enak,anda boleh mencubanya disini..Kedai ini berhadapan dengan Mastan Ghani Teluk Intan..Kedai ini juga dikenali sebagai Kedai makan Hailam..
Kedai ini juga sudah hampir 40 tahun menjalankan perniagaan makanan di sini dan masakan-masakannya menjadi lagenda di Teluk Intan..
Diantara menu-menu istimewa di sini ialah Nasi Gorengnya,bihun supnya dan bistik nya..
Harga bagi nasi goreng ini ialah Rm3.80 sahaja tetapi boleh makan sampai 2 orang(banyak yob!!)
Oh ya,makanan di sini boleh dimakan oleh orang-orang islam kerana pemiliknya berbangsa cina hailam..jadi benda-benda tu,deme pun tak makan!!namun jika ragu-ragu,tak payah pergi lah!!!
Ape pun,anda boleh mencubanya sendiri dan pastinya anda berpuas hati ....

Mee Rebus Daun Pisang.....



Sebuah lagi lubuk makan yang menjadi tumpuan peminat Mee Rebus..
Yang menjadi special Mee Rebus di sini ialah ianya berbungkus didalam daun pisang dan dengan rasa yang begitu enak serta menyelerakan sekali...
Lokasi lubuk ini adalah di belakang Stesen Bas Teluk Intan..Mee Rebus Daun pisang ini memulakan perniagaannya di malam hari sahaja!!..
Harga sebungkus cuma Rm2.40-Rm2.70 jika bertelur rebus..
"jika anda berkesempatan,silalah mencuba Mee Rebus disini..Ianya pasti membuka selera anda..."

Sunday, December 14, 2008

Rojak Ah Chai.............


Anda penggemar Rojak Buah?Anda seharusnya mencubanya di sini(salah satu lubuk makan-makan yang harus anda lawati jika anda ke Teluk Intan)..
Rojak Ah Chai ini cukup terkenal di Teluk Intan(keropok udang dia cukup best..)
Harga dalam Rm2.50-Rm3.00 sahaja...cubalah jika anda berkesempatan ke sini..
Lokasinya bersebelahan dengan Pasar Besar Teluk intan...
Ianya telah beroperasi lebih dari 20 tahun...
Salah satu lagenda Rojak Buah di Teluk intan......

Saturday, December 13, 2008

Nasi Kandar Jalan Speedy...........


Sebuah lagi kedai nasi kandar yang popular juga di Teluk intan..Ianya diberi gelaran Nasi Kandar Jalan Speedy..
Menu utamanya disini ialah nasi campurnya dan kari-karinya yang memang sedap..
Lokasi lubuk ini ialah di jalan Speedy(berhadapan Stadium Mini Teluk Intan)
Jika anda berpeluang ke sini,cuba lah rasa dahulu...sempoiii...

M.Ghulam Rasul@Nasi Kandar.......

Oh ya!Salah satu nama yang mempunyai lagenda Ayam gorengnya tersendiri dan nasi briyaninya iaitu Ghulam Rasul...

Sedikit sejarahnya:Asal kedai ini terletak di bawah pokok bersebelahan pusat Eon service jalan Changkat jong,Teluk Intan!!diketika itu,kedainya kecil dan simple sahaja namun pelanggan-pelanggannya amat ramai..Dilimpahkan rezeki yang lebih dari Yang Esa,maka beliau membeli tanah dan didirikan sebuah kedai seperti yang anda lihat diatas..Kini beliau mempunyai cawangan-cawangannya di sekitar hilir Perak..sifat terpuji yang ada pada pemilik kedai ini ialah sikap pemurah beliau dan beliau suka bersedekah tanpa mengira kaum atau agama..Ape pun,lauk pauk di sini sungguh menyelerakan dan jika anda kelapangan,sila lah menjamu selera di sini..


"Nasi Briyani yang sungguh enak...
Sungguh menyelerakan....."