Friday, July 5, 2013
Mutiara kata si fahme Burger
Mutiara kata si Fahme Burger
"Orang yang paling haprak dan keji ialah orang yang mencuri makanan si kucing sewaktu kucing itu sedang menjamah makanan nya dengan penuh berselera.."
Mutiara kata si Fahme Burger
"Orang yang paling pandai dan sangat bijak ialah orang yang pandai menyembunyikan bunyi kentut dan bijak menghilangkan bau kentut nya sewaktu sedang bermesyuarat bersama Perdana menteri dan menteri-mentei kabinet yang lain.."
Mutiara kata si Fahme Burger
"Bunyi aneh yang cukup dikenali oleh semua orang dan semua golongan masyarakat ialah bunyi kentut.."
Mutiara kata si fahme Burger
"Pesakit yang paling memeningkan kepala para doktor2 pakar ialah pesakit yang tertinggal anak kunci didalam telinganya kerna sikapnya yang gemar mengorek lubang telinga menggunakan anak kunci mangga rumahnya.."
Mutiara kata si Fahme Burger
"Orang yang paling bengang sekali didalam dunia ialah orang yang sudah habis banyak duit membeli nombor ekor,namun sepatah haram pun tak pernah kena.."
Tuesday, February 10, 2009
Mee Rebus Pak Din....
Salah satu Mee Rebus yang kita terlepas pandang....
Mee Rebus Pak Din
Di antara Mee Rebus yang mempunyai peminat-peminatnya sendiri...
Telah memulakan perniagaan Mee Rebus ini sejak tahun 1962 lagi...
Mula menjual mee rebus pada kadar harga 30 sen sepinggan dan air segelas 10 sen pada tahun 1962..
Kini harga sepinggan cuma Rm2.00 sahaja!!
Mempunyai rasa yang enak dan sedap serta dikekalkan trademarknya sehingga kini...
Mee Rebus Pak Din cukup terkenal dikalangan orang-orang lama di Teluk Intan...
Lokasi Kedai ini adalah dibelakang Bangunan Mara Teluk Intan....
Kini perniagaan Mee Rebus ini diambil alih oleh anak lelaki Pak Din bagi meneruskan kesinambungan lagenda Mee Rebus Pak Din ini...
Jika anda berkesempatan,silalah berkunjung dan rasailah Mee Rebus Pak Din ini....
"Murah dan enak!!cubalah kemari!!"
Saturday, January 17, 2009
jalan-jalan cari makan di Teluk Intan...Part 27
Anda mencari ketenangan dan ingin rileks sambil menjamu selera cara masakan ala Thailand?
Inilah lubuknya jika anda mencari suasana seperti berikut...
Wana Cafe atau lebih dikenali oleh masyarakat setempat sebagai Berkat Tom Yam...
Berkat Tom Yam yang memulakan perniagaannya di Bangunan Skomk Teluk Intan telah menjangkau melebihi 20 tahun lamanya...
Kini nama Wana Cafe menjadi pengganti(nama pemilik cafe ini ialah Puan Nurul Salwana atau nama glamornya Kak Uda@Kak Wana...)
Kak Wana ini peramah dan mudah tersenyum serta mesra pelanggan.Beliau juga mempunyai idea-idea kreatif dan sentuhan seni dari segi penghasilan kraftangan(lihat sahaja di sekitar kedai beliau)semuanya diolah sendiri oleh beliau...
Berkat Tom Yam@Wana cafe juga merupakan lagenda Tom yam di Teluk Intan dan kini Berkat Tom Yam telah berpindah ke Bandar Baru Teluk Intan(belakang Rumah Rehat Teluk Intan)...
Antara menu istimewa disini ialah Nasi Goreng Berkat,Tom Yam Udangnya dan yang paling diminati oleh masyarakat setempat ialah Sambal belacannya yang unik dan enak...(teman sendiri pun minat kat sambal belacan kat sini,hehehe...)
Lokasi Wana Cafe adalah di Belakang Rumah Rehat Teluk Intan(dalam kawasan Bandar Baru Teluk Intan)..
Waktu perniagaan bermula pada pukul 6 petang sehingga 2 pagi..
Cubalah jika anda berkesempatan kemari...
Landskap cetusan daripada Kak Wana..amat tenang sekali!!Halus dan berseni hasil kerja Kak Wana...
"Rileks dan santai...jauh dari kebisingan bandar.."Sesuai dibawa keluarga2 yang inginkan kedamaian suasana sambil menjamu selera..
"Salah seorang Superhero di sini atau Penghulu di kedai ini(anak Kak Wana daa...)...asyik dok perayat Motor Passola aku(minat sangat katanya)hehe..."
Thursday, January 8, 2009
jalan-jalan cari makan di Teluk Intan...Part 26
Anda mencari lubuk kuih muih?Teringin kuih muih tradisional?Inilah lubuknya.....
Salah satu kedai yang menjual kuih muih tradisional pelbagai jenis dan rasa yang enak serta harga yang berpatutan...
Apa yang menariknya disini ialah penjualan kuih muih yang puluhan jenis,rasa yang sedap dan murah...Penjual-penjual pula peramah dan mesra pelanggan..
Lokasi lubuk ini ialah di simpang utama Kampung Bahagia,Teluk Intan..
Yang pasti,inilah tempat bagi anda yang ingin mencuba kuih muih tradisional orang melayu...
Singgah lah jika anda berkesempatan di sini....
Sedap-sedap kuih kat sini....
cubalah .....
"Boleh rambang mata tengok kuih muih kat sini...."
Friday, January 2, 2009
jalan-jalan cari makan di Teluk Intan...Part 25
Jika anda gemarkan popia yang sedap dan enak rasanya,saya mensyorkan anda mencuba popia ini..
Salah satu Popia yang terkenal di Teluk Intan yang mempunyai rasa yang sedap dan enak serta harga yang berpatutan....
Popia Rahiman lebih dikenali di sekitar Pasar Malam-pasar malam di Teluk intan...
Mempunyai peminatnya sendiri dan jangan melepaskan peluang jika anda berkesempatan bagi merasai keenakkan popia ini....
Empunya popia ini iaitu Encik Rahiman adalah seorang yang peramah dan mesra pelanggaan...
Aspek kebersihan menjadi kemestian kepada beliau...Kini beliau dibantu oleh kedua anak beliau bagi menjalankan perniagaan ini...
Popia Rahiman telah menjadi satu ikon bagi para peniaga popia yang lain dan semoga beliau terus maju dan mengekalkan keunikan serta tradisi resepi Popia beliau...
Apa pun,selamat mencuba jika anda ke Teluk Intan....
Popia goreng yang best!!!
-sedap wei!!!
Popia basah yang menjadi kegemaran pelanggan-pelanggannya...
Rasa yang sedap dan enak menjadi pilihan utama para pelanggan...
Thursday, January 1, 2009
jalan-jalan cari makan di Teluk Intan...Part 24
Anda suka makan nasi lemak?tapi dimalam hari?ditempat yang benar-benar rileks?
inilah salah satu tempat yang patut anda kunjungi.....
Anuar Udang,salah satu nama yang tidak asing bagi penggemar udang-udang segar yang diperoleh dari Sungai Perak...
Menu Utama disini ialah Nasi Lemak nya yang sedap dan sambal tumis udangnya yang enak dan menyelerakan....
Lauk pauk yang lain ada juga dijual disini dan yang pasti,rasa masakan yang sedap dan menepati citarasa orang ramai....Apa yang menariknya ialah suasananya yang benar-benar santai berlatarkan sungai Perak dan jauh dari kebisingan Bandar Teluk intan...
Nasi lemak Nuar udang menjadi tumpuan bagi warga Teluk intan dan mendapat sambutan dari dalam dan luar Teluk intan...
Harga makanan disini juga amat berpatutan dan apa yang pasti,anda jangan melepaskan peluang bagi merasai keenakan nasi lemak Nuar Udang ini...
Lokasi kedai ini ialah di hujung Tanjung Durian sebatang,Teluk intan...jarak kedai ini dengan menara jam condong hanya 800 meter sahaja!!(jika naik basikal,cuma 5 minit sahaja)...
Udang goreng tepung yang sedap!!!
Harga pun amat berpatutan....
Sambal Tumis udang yang sedap dan lazat!!!sedap wei!!!Udang yang benar-benar fresh,diperolehi dari pengail-pengail udang di Sg Bidor dan Sg Perak.....
jalan-jalan cari makan di Teluk Intan...Part 23
"Dalam banyak-banyak makanan di Teluk Intan,inilah salah satu makanan kegemaran aku...
Aku dari kecik sehinggalah aku dah besor panjang ni,Gado-Gado ni sudah terpahat di sanubari aku..."
Salah satu lubuk bagi penggemar Gado-Gado atau bahasa sainstifiknya" Cucur Udang laa.."
Gado-Gado ini memang menjadi tumpuan warga Teluk Intan yang gemarkan Gado-Gado yang sedap dan enak rasanya...Harga pun amat berpatutan(Rm2.00 aje yob!!)
Gado-Gado Maiden ini telah beroperasi lebih 30 tahun lamanya dan menjadi lagenda Gado-Gado di Teluk Intan...
Lokasinya ialah bersebelahan dengan Sate Wak Teni(Medan Selera hadapan Menara condong)
Cubalah...Anda pasti menyukainya....
Pemilik Gado-Gado Maiden
-Encik Nasir @ abang nasir
"Seorang yang peramah dan tidak lokek dengan senyuman..."
Dia punya Cucur udang lembut je...
Rangup diluar,lembut didalamnya..
Best...!!!
Diantara Gado-Gado yang terkenal di Teluk Intan....
Subscribe to:
Posts (Atom)